Sidang Media IDE: Survei Terkini Selangor

SHAH ALAM, 27 Sep 2016: Pembentangan SURVEI IDE: ISU & PERSEPSI PENGUNDI SELANGOR telah dianjurkan oleh IDE di Hotel Carlton Shah Alam di hadapan pelbagai tetamu jemputan dan wartawan. Pembentangan survei tersebut dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman. Institut Darul Ehsan (IDE) sebagai sebuah badan penyelidikan hingga kini telah menjalankan 4 kajian berkala berkaitan dengan persepsi pengundi Selangor sejak 2015. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman bersama dengan penyelidik-penyelidik lain daripada pelbagai Universiti dan dibantu oleh penyelidik terlatih daripada IDE.

Kajian melibatkan 53 orang enumerator yang terdiri daripada pelajar ijazah dan pasca ijazah di Universiti Awam dengan menggunakan inovasi apps IDE e Survei dan tablet. Kajian dilakukan secara bersemuka dengan melibatkan kaum Melayu, Cina dan India. Pemilihan responden dipilih secara rawak dengan soalan kaji selidik berstruktur yang dilakukan di seluruh negeri Selangor meliputi 56 DUN. Enumerator yang terlibat dilatih dan diberi pendedahan mengikuti Kursus Asas Enumerator dan Survei sebelum survei tersebut dijalankan. Tinjauan ini berjaya memperoleh sebanyak 1,761 orang pengundi sebagai responden kajian di seluruh negeri Selangor. Untuk penyelidikan Siri ke-4 ini, IDE telah menjalankan survei bermula 26 Ogos 2016 hingga 30 Ogos 2016. Ralat kesilapan 3% pada 99% tahap keyakinan. Kajian Landskap Persepsi Pengundi Negeri Selangor ini merupakan kajian yang ke-23 dilakukan oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman sejak mengetuai UMcedel dan kini di Institut Darul Ehsan (IDE), melibatkan temubual secara bersemuka dengan jumlah kumulatif seramai 31,341 orang responden.

Muat turun dokumen pembentangan: 

 

Pembentangan kajian adalah seperti berikut: https://www.scribd.com/document/325452851/IDE-Survei-Selangor-2016-Edaran-Media-27-September-2016

IDE - Survei Selangor 2016 (Edaran Media-27 September 2016) by Institut Darul Ehsan on Scribd

Last modified onFriday, 16 December 2016 15:45

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.