IDE tubuh Pusat Kajian Maqasid Al-Shari’ah

SHAH ALAM, 10 JULAI: Institut Darul Ehsan (IDE) menubuhkan Pusat Kajian Maqasid Al-Shari’ah dalam usaha memperkukuh dan mengangkatnya sebagai asas penggubalan dasar Kerajaan Negeri. Timbalan Pengerusinya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, usaha terbabit dilakukan sejajar titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya perkara itu diberi penekanan sewajarnya. “Sejak penubuhannya, kita menganjurkan seminar antarabangsa, lapan siri diskusi Maqasid Al-Shari’ah dan menterjemahkan buku berkaitan daripada Bahasa Arab serta Inggeris ke Bahasa Melayu.

“IDE juga sedang mengusahakan pernerbitan 100 istilah closari Maqasid Al-Shari’ah untuk manfaat kajian dan kefahaman masyarakat awam.

“Semoga usaha ini dapat menimbulkan kesedaran berkenaannya dalam kalangan pelbagai lapisan rakyat, pembuat dasar, pentadbir, pendidik, pemimpin masyarakat dan orang ramai,” katanya.

Sehingga kini, beliau berkataProf Redzuan (2), IDE berjaya menerbitkan 17 judul buku dari pelbagai bidang dalam usaha meningkatkan program penecerahan dan pencerdasan rakyat, di samping menjelaskan isu semasa yang menjadi perbincangan dalam masyarakat.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan Universiti Selangor (Unisel) khususnya Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) dalam membangunkan sistem sentimen analisis yang kelak mampu menganalisis data besar “Big Data Analytic” termasuk mengkaji sentimen rakyat di media sosial.

“IDE turut mempunyai hubungan strategik dengan badan survei seperti Lembaga Survei Indonesia, Habibie Centre Jakarta dan Rajaratnam School of International Studies, Singapura.

“Selain aktiviti penyelidikan, IDE juga berhasrat membawa dapatan kejian untuk mengukuhkan lagi proses pencerahan dan pencerdasan masyarakat melalui produk program digerakkan seperti Akademik Kepimpinan Muda, Akademik Politik dan Pendidikan Demokrasi, Siri Diskusi Maqasid Shari’ah serta yang lain,” katanya.

Selain itu, katanya, IDE turut membuat jaringan strategik bersama Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Sheikh Dr Ahmad Raisuni dari Kesatuan Ulama Islam Sedunia bagi tujuan sama selain menjalin kerjasama dengan Prof Dr Jasser Auda (Maqasid Institute London) juga Sheikh Abdul Rahman (Rabitah Ulama Jordan).
 
Sumber: https://selangorkini.my/2017/07/ide-tubuh-pusat-kajian-maqasid-al-shariah/ (OLEH HAFIZAN TAIB)
Last modified onSaturday, 15 July 2017 20:39

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.