AYG gerakkan Operasi Suci Cuci Hulu Langat

Featured AYG gerakkan Operasi Suci Cuci Hulu Langat

HULU LANGAT, 21 JUN: Sukarelawan Adab Youth Garage (AYG) menggerakkan Operasi Suci Cuci Hulu Langat bagi membantu membersihkan kediaman dan Surau Taufikiah di Kampung Batu 15, Dusun Tua ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku hujung minggu lalu.

Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata, operasi ini merupakan jalinan kerjasama mereka bersama Jaringan Komuniti COMNET Universiti Selangor (UNISEL), Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pemerbadanan Menteri besar (MBI).

 

“Alhamdulillah penduduk kampung beri kerjasama dan mengalu-alukan bantuan. Kebanyakkan rumah mereka sudah dicuci. Justeru kami berhubung dengan ketua kampung selaraskan rumah yang orang kelainan upaya (OKU) atau orang tua dan yang tiada kemampuan untuk buat pembersihan,” katanya.

Pasukan AYG adalah program ‘one stop centre’ hasil inisiatif menggerakkan belia bersama masyarakat oleh IDE dan MBI yang diketuai Nizam Shamsuddin selaku Koordinator Penyelaras AYG.

WhatsApp Image 2017-06-21 at 14.58.04Operasi Suci Cuci ini dijalankan pada sejak awal pagi tadi dan berakhir dengan majlis iftar melibatkan 60 sukarelawan dalam kalangan 20 pelajar UNISEL COMNET-MBI, Sukarelawan AYG Bangi, AYG Kota Damansara dan Tangjung Karang,

Sukarelawan pertubuhan belia seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PEPIAS dan Belia Bangi, Tim Medic, pasukan doktor Medic ABIM dengan sokongan Hospital Pakar Al-Islam turut bersama memberikan sokongan perubatan dan sukarelawan menerusi operasi klinik bergerak.

Dalam operasi sama, 30 buah keluarga turut mendapat bantuan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula dan sardin yang disampaikan terus ke rumah mereka.

=EZY=

 

Last modified onSunday, 16 July 2017 08:47

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.