IDE Discourse Series: Analisis Pasca Pemilihan Gabenor (PILKADA) Jakarta: Anies vs Ahok

IDE telah mengadakan IDE Discourse Series bertajuk Analisis Pasca Pemilihan Gabenor (PILKADA) Jakarta: Anies vs Ahok yang bakal disampaikan oleh HENDRI SATRIO iaitu seorang ahli Akademisi Universitas Paramadina dan juga Founder Lembaga Survei KedaiKOPI (Kelompok Diskusi dan Kajian Opini Publik Indonesia). Perincian program sepertimana berikut:

Tarikh: 4 Mei 2017 (Khamis)
Masa: 8:30 pm - 11:00 pm
Tempat: IDE Auditorium Shah Alam*

Anjuran: Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pertubuhan Akademi Pendidikan Demokrasi & Kewarganegaraan Malaysia (APDK)

Ikuti video rakaman:

VIDEO 2:

IDETV: Analisis Pasca Pemilihan Gabenor (PILKADA) Jakarta: Anies vs Ahok HENDRI SATRIO Akademisi Universitas Paramadina Founder Lembaga Survei KedaiKOPI (Kelompok Diskusi dan Kajian Opini Publik Indonesia) Tarikh: 4 Mei 2017 (Khamis) Masa: 8:30 pm - 11:00 pm Tempat: IDE Auditorium Shah Alam* Institut Darul Ehsan 45, Jalan Tukul P 15/P, Seksyen 15, Sham Alam, (Berdekatan IDCC)

Posted by Institut Darul Ehsan-IDE on Wednesday, 3 May 2017

 

VIDEO 1

Pembentangan Kajian Analisis Keperluan Latihan Guru-guru Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor

Shah Alam, 14 April 2017: Institut Darul Ehsan dengan kerjasama para penyelidik dari UNISEL dan USIM telah mengadakan sesi pembentangan Kajian Analisis Keperluan Latihan Guru-guru Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor bertempat di Auditorium IDE. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti latihan-latihan yang diperlukan oleh guru-guru sekolah rendah agama di negeri Selangor, mengenalpasti jarak antara latihan sedia ada dan latihan yang diperlukan dan membentuk asas kepada perancangan latihan. Kaedah kajian campuran yang terdiri daripada kaedah kuantitatif dan kualitatif telah dijalankan dengan mengedarkan boring kaji selidik dan sesi focus group discussion.

Seramai 472 orang guru dari sekolah KAFA dan 248 orang guru dari sekolah SRI telah terlibat dalam kajian kuantitatif manakala seramai 20 guru dari dua sekolah KAFA dan dua sekolah SRI terlibat dalam kajian kualitatif. Dapatan menunujukkan latihan-latihan dalam peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan tentang strategi pemulihan dan masalah pembelajaran, pedagogi pendidikan, kepimpinan pengajaran dan pembelajaran dan perundingan dan kaunseling murid amat diperlukan oleh para guru pasa masa sekarang. Cadangan tentang penambahbaikan program latihan yang sedia ada juga telah dibincangkan di dalam kajian ini.

Tagged under

IDE Discourse Series: Prof. Dr. Lau Sim Yee: "How Malaysia Needs to Move up the Technological Level from Macro Views: An Advantage from Malaysia-Japan Relationship"

IDE DISCOURSE SERIES
 
PROF. DR. LAU SIM YEE
Professor at Faculty of Economics, Reitaku University, Japan.
 
Topic: How Malaysia Needs to Move up the Technological Level from Macro Views: 
An Advantage from Malaysia-Japan Relationship
 
Date: 17 April 2017 (Monday)
Time: 2:30 - 4:00
Venue: IDE Auditorium Shah Alam
Institut Darul Ehsan
45, Jalan Tukul P 15/P, 
Seksyen 15, Sham Alam, 
(Berdekatan IDCC)
 
 
Jointly Organised:
?Institut Darul Ehsan (IDE), 
?Offfice of Selangor Economy Advisor (OSEA)
?Faculty of Bussiness & Accountancy UNISEL
 
 
Tagged under

Puisi Bumbung Shah Alam April 2017: Puisi dan Kartun

IDE dengan kerjasama PAKSI mengadakan acara bulanan Puisi Bumbung Shah Alam pada  Rabu, 12 April 2017, bertempat di Rooftop IDE.

Majlis Puisi kali ini agak unik dengan menggabungkan acara puisi dan kartun.

Antara yang dilibatkan ialah acara : Deklamasi sajak, Melukis Kartun, Lagu-lagu Puisi, Persembahan Monolog. 

Seniman Jemputan: A. Samad Said, Dinsman, Zunar, Yassin Salleh, Jonny Ong, Lily Jamaluddin, Kartunis KKI. Penampilan Khas : Airis (Pelukis muda - 12 tahun)
 

Wawancara Sinar Harian: Institut Darul Ehsan Perkukuh Politik Ilmu

6 April lalu, genap dua tahun penubuhan Institut Darul Ehsan (IDE) sebuah badan pemikir yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. Selain menjalankan kajian-kajian politik, IDE juga mengambil inisiatif membangunkan pemikiran maqasid syari'ah. Bersempena ulang tahun ini, ikuti temu bual Sinar Harian dengan TIMBALAN PENGERUSI/KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF IDE, PROF DATUK DR MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN mengenai pencapaian dan perancangan akan datang IDE.

Boleh kongsikan pencapaian utama IDE?

IDE ditubuhkan pada 6 April 2015, selepas penubuhannya diisytiharkan Menteri Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam Belanjawan 2015 Negeri Selangor. IDE ditubuhkan dengan hasrat membantu pelbagai pihak di dalam merangka polisi, hala tuju dan kebajikan bagi membangun kecemerlangan ekonomi, sosio politik, tata kelola kerajaan (good governance) dan kemajmukan masyarakat. Sejak ditubuhkan, IDE berjaya mengembangkan program-programnya dengan penglibatan 25,546 orang. Program-program IDE terbahagi kepada penyelidikan dan program pendidikan masyarakat.

Apakah objektif IDE menjalankan kajian persepsi politik?

Semua parti politik ingin memenangi pilihan raya. Dalam dunia yang semakin canggih, untuk memenangi pilihan raya, ia memerlukan strategi yang juga canggih. Contohnya, kempen menepati sasaran mikro. Ini hanya dapat dilakukan sekiranya parti dan calon benar-benar faham isu-isu semasa serta profil dan persepsi pengundi. Kajian persepsi yang kami lakukan menyediakan maklumat tersebut. Survei dan kajian lapangan ini dijalankan bagi dijadikan asas mengukur persepsi rakyat terhadap isu-isu rakyat supaya tindakan boleh diambil segera oleh pihak berkenaan.

Apakah istimewanya kajian politik IDE berbanding kajian pihak lain?

IDE menghormati semua pihak yang terlibat dalam bidang ini. Kekuatan kajian IDE kerana ia dibuat berdasarkan asas-asas empirikal yang multi-disiplin dan kukuh. Pengalaman saya terlibat dalam kajian survei lapangan sejak di Pusat Demokrasi dan Pilihan raya Universiti (Umcedel), Universiti Malaya dan kini diteruskan di IDE dan Universiti Selangor (Unisel) dengan pengalaman saya menjalankan 24 kajian bersemuka dan hingga kini melibatkan seramai 35,359 orang responden. Sejak ditubuhkan, IDE menjalankan lapan kajian lapangan dan survei persepsi politik dan isu-isu semasa. Kajian yang dijalankan adalah secara akademik dan saintifik dengan memanfaatkan kaedah-kaedah kajian kuantitatif dan kualitatif terkini termasuk memanfaatkan kemajuan prasarana teknologi maklumat (IT). Kajian kami juga menggunakan teknologi terkini. Contoh, penggunaan TAB dan aplikasi perisian IDE E-Survei yang dibangunkan sendiri IDE, digunakan oleh enumerator untuk menemuduga responden. TAB dengan perisian tersebut  dihubungkan ke bilik operasi IDE yang membolehkan survei dipantau. Pemantauan ini lebih berkesan dengan Unit GIS (Geographic Information System) di IDE. Kepakaran GIS ini, kami manfaatkan untuk membuat pemetaan taburan pengundi dan isu-isu persempadanan. Selain itu, IDE membangunkan perisian Spera untuk menganalisis data pilihan raya. IDE juga dengan kerjasama Unisel sedang membangunkan Sistem Sentimen Analisis yang kelak mampu menganalisis data besar Big Data Analytic termasuk mengkaji sentimen rakyat di media sosial. Pengalaman penyelidikan disokong hubungan strategik IDE dengan badan-badan survei lain seperti Lembaga Survei Indonesia (LSI), Habibie Centre Jakarta dan Rajaratnam School of International Studies (RSI) Singapura.

Apakah kesan yang ingin dicapai daripada kajian politik ini?

Survei ini bagi saya adalah satu proses demokrasi kerana mengkaji suara hati persepsi rakyat melalui kaedah saintifik. Kajian tersebut bakal memberi gambaran landskap persepsi rakyat berdasarkan pensampelan data daftar Pengundi Malaysia yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Bagi saya kajian yang dijalankan secara akademik dan saintifik penting kerana ia berasaskan metodologi yang diiktiraf dunia akademik dan antarabangsa. Dengan wujudnya kajian dan penyelidikan khusus berkaitan survei dan analisa memahami persepsi rakyat, maka ini membantu pembuat dasar atau pelbagai pihak buat keputusan tepat setelah ambil kira senario semasa. Kajian seumpama ini mencorak pelan tindakan dan langkah pro aktif menangani isu dan permasalahan rakyat. Rakyat inginkan demokrasi Malaysia yang matang. Asasnya tentulah pemikiran dan tingkah laku politik matang. IDE bukan hanya menjalankan kajian semata-mata. Ia digandingkan dengan diskusi-diskusi politik secara ilmiah dan separa-ilmiah yang pelbagai, contohnya, sidang meja bulat, seminar dan latihan. IDE juga menerbitkan buku politik, contohnya, Membangun Bangsa oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Pembinaan Bangsa: Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan oleh Prof Siddiq Fadzil, Politik dan Demokrasi: Rachid Ghanouchi dan Politik & Masyarakat Madani. Jadi, pakej IDE ini diharap menyumbang demokrasi matang.

Kita beralih kepada kajian maqasid al-shari’ah. Mengapa IDE menggerakkannya?

Bidang ini berkembang sejak zaman awal kegemilangan Islam oleh tokoh seperti Ibn Ashur, Shaikh Dr Yusuf al-Qaradawi, Sheikh Dr Ahmad Raisuni dan ramai lagi. IDE menggerakkannya kerana dua faktor. Pertama, bagi menerangkan hakikat Islam sebagai agama rahmat untuk semua (Muslim dan bukan Muslim). Dan kedua, menerangkan bahawa syariah (undang-undang Islam) amat luas dan tidak terhad kepada hukuman semata-mata. Ini dapat membantu dalam menangani isu-isu seperti hudud dan RUU 355.

Apakah pencapaian IDE dalam bidang ini?

IDE menubuhkan Pusat Kajian maqasid al-shari’ah diketuai Pengerusi IDE, Datuk Dr Siddiq Fadzil. Pusat ini menjalankan aktiviti penyelidikan, menganjurkan program untuk khalayak dan penerbitan. Kita anjurkan  seminar antarabangsa, lapan Siri Diskusi Maqasid Al-Shari’ah dan menterjemah buku  maqasid al-shari’ah daripada bahasa Arab dan bahasa Inggeris ke bahasa Melayu. Perpustakaan IDE mempunyai koleksi buku maqasid al-shariah dalam tiga bahasa tersebut yang terbesar di rantau ini. IDE juga usahakan penerbitan 100 istilah Glosari Maqasid Shari’ah untuk manfaat penyelidikan dan kefahaman awam. Ini sejajar titah Sultan Selangor yang berkenan agar maqasid al-shari’ah diangkat sebagai asas penggubalan dasar kerajaan negeri. Selain itu, kami buat jaringan strategik dengan Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Sheikh Dr Ahmad Raisuni di Kesatuan Ulama Islam Sedunia. Kami bekerjasama kembangkan maqasid shari’ah bersama Prof Dr Jasser Auda, Maqasid Institute London, IIIT Jordan dan Malaysia serta Rabitah Ulama Jordan dipimpin Sheikh Abdul Rahman al-Kailani melalui penyelidikan serta penerbitan. 

Kaitan maqasid al-shari’ah dengan politik Malaysia?

Rakyat Malaysia memilih sistem demokrasi berparlimen. Maqasid al-shari'ah adalah pendekatan berasaskan kebijaksanaan dalam mencapai tujuan politik yang lebih tinggi. Contohnya, tujuan lebih tinggi bukan sekadar memenangi pilihan raya, tetapi tatakelola negara yang baik dan mendatangkan nikmat kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat. Manfaat semua ini untuk semua rakyat.

Hala tuju IDE untuk tahun mendatang?

IDE akan melipatgandakan usaha-usaha mencerdaskan masyarakat agar rakyat Malaysia memulakan suatu tindakan, polisi atau gerak kerja berdasarkan kajian dan penyelidikan ilmiah. Dengan kehadiran IDE, kami akan berusaha sediakan ruang percambahan idea dan perbincangan strategik menghidupkan demokrasi dan keharmonian masyarakat. IDE dalam mencapai objektifnya akan melaksanakan strategi AR2P iaitu Analisis, Respons, Pencerahan dan Pencerdasan. Strategi ini digerakkan melalui program penyelidikan, diskusi, persidangan, seminar, bengkel dan penerbitan. IDE juga ada produk pencerahan masyarakat yang bakal dikembangkan iaitu Akademi Politik, Akademi Kepimpinan Muda dan program mendukung seni dan budaya. Saya yakin, dengan sokongan menteri besar Selangor khususnya dan semua pihak, insya-ALLAH kita dapat mencapainya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/wawancara/institut-darul-ehsan-perkukuh-politik-ilmu-1.656397

Selangorkini: Selangor Negeri Global, Perlu Ada Imaginasi Sebagai Negara

KUALA LUMPUR, 25 FEB: Disebabkan kesibukan beliau menjalankan tugasannya sebagai Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali terpaksa mengorbankan masa tidurnya bagi menyiapkan bukunya yang berjudul ‘Membangun Bangsa’. “Saya menghabiskan masa kira-kira hampir setahun untuk menyiapkan buku. Kurangkan tidur, kurangkan bercakap, banyak bekerja sebab itu prinsip kita di Selangor kurangkan bercakap, banyakkan tindakan. “Cabaran paling besar sekali adalah masa kerana saya juga berikan tumpuan kepada program rasmi, mesyuarat, berbincang tetapi saya kira saya harus memberikan sedikit ruang untuk saya lontarkan gagasan dan idea ini untuk rakyat Selangor,” kata Mohamed Azmin.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan dan menandatangani buku ‘Membangun Bangsa’ di pusat membeli belah Pavilion di sini, hari ini. Jelasnya, pengalamannya menerajui negeri wajar dikongsikan dengan barisan kepimpinan dan rakyat keseluruhan sebagai bekalan ilmu bagi membolehkan reformasi dilaksanakan.

MB Azmin“Reformasi hanya boleh dijayakan dengan ilmu, bukannya dendam kesumat, dengki atau perasaan yang marah. “Inilah sebabnya saya mengambil sedikit masa menerbitkan sebuah buku walaupun ini catatan awal saya mengenai etika, urus tadbir dan kenegaraan. “Kerana saya rasa saya bertanggungjawab berkongsi pengalaman ini dengan pimpinan dan rakyat bagaimana kita membangunkan bangsa dan membina Malaysia yang lebih gagah,” katanya.

Sumber: Selangorkini (Oleh: Nazli Ibrahim)

 

Forum: Wujudkah Demokrasi di Malaysia

Forum: Wujudkan Demokrasi Sebenar di Malaysia?, merupakan suatu persoalan yang dikupas oleh 3 panel iaitu YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad (Exco Pendidikan Negeri Selangor), Prof Dr. Shaharuddin Badaruddin (TNC Pembangunan Pelajar dan Jaringan Komuniti (HEP), UNISEL dan Dato' Saifuddin Abdullah, Pengarah Strategik dan Pembangunan Sosial IDE. Forum ini di moderatorkan oleh Dr Hamdan Dato' Mohd Salleh. Forum ini diadakan sempena Majlis Perasmian Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demikrasi (IESAD). Program dimulakan dengan ucapan aluan oleh Prof. Dato' Dr. Muhammad Redzuan Othman. Beliau menyentuh tentang penubuhan IESAD sebagai sebuah Pusat Kecemerlangan atau Centre of excellece di UNISEL. IESAD akan bekerjasama dengan INSTITUT DARUL EHSAN (IDE) dalam bentuk kerjasama nara sumber, program penyelidikan dan penerbitan hasil kajian. Majlis juga turut diserikan dengan penyelaran laporan Kajian Analisis Keperluan Latihan Guru-guru Sekolah Rendah Agama Negeri Selangor. dan Kajian Iklim Politik Pilihan Raya di Sarawak dan Kaitannya Dengan Senario Politik di Selangor.

Ikuti video Forum:

 

Tagged under

Menjelang PRU 14 Sokongan Kepada Dato' Seri Mohamed Azmin Ali Semakin Meningkat

Shah Alam, 15 Feb 2017 - Sokongan rakyat Selangor terhadap Dato’ Seri Mohamed Azmin bin Ali sebagai Menteri Besar meningkat kepada 62% menjelang kepada PRU 14 berbanding 58% pada kajian Ogos 2016. Peningkatan ini merupakan satu petanda positif kepada kepimpinan beliau meneraju Negeri Selangor untuk pilihanraya akan datang.

Kenaikan kepercayaan rakyat ini mencerminkan pendekatan mesra rakyat Selangor dan tindakan pro aktif beliau bersama dengan kepimpinan negeri dalam menyelesaikan masalah-masalah rakyat amat berkesan dan efektif. Survei ini juga mendapati YB Dato’ Menteri Besar adalah pemimpin yang mesra rakyat, turun padang dan mampu membawa kemajuan di Negeri Selangor.

Hasil dapatan dari survei ini juga menunjukkan sokongan kepada gabungan PAKATAN di bawah kepimpinan Menteri Besar terus kukuh dan dijangka tidak menghadapi masalah untuk mengekalkan kerajaan sedia ada. Pada masa yang sama, sokongan kepada Barisan Nasional di Selangor didapati semakin merosot dan amat terserlah ketidakpuasan hati rakyat dalam isu-isu berkaitan GST, kenaikan harga barang, penyelewengan, keyakinan kepimpinan dan rasuah.

Survei yang dijalankan juga turut merangkumi penyelidikan dalam pelbagai genre isu semasa seperti jika berlaku pertandingan 2 atau 3 penjuru, pengaruh media sosial, persepsi rakyat terhadap parti-parti politik, pandangan terhadap isu-isu semasa, prestasi perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pencapaian inisiatif-inisiatif kerajaan negeri dan lain-lain.

Hasil dapatan ini diperolehi daripada Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan pada minggu lepas daripada 8 hingga 13 Februari 2017 melibatkan 56 DUN Selangor. Ia dilaksanakan secara sistematik oleh IDE melibatkan 50 orang enumerator terlatih secara bersemuka dengan 2018 responden di 56 DUN tersebut.

IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan ini dengan menggunakan tablet dan aplikasi IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi IDE bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan.

Responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain daripada survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kelompok bagi menentukan keabsahan dapatan.

 

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

Timbalan Pengerusi IDE Institut Darul Ehsan

(Siaran Media IDE 15 Februari 2017)

Selangorkini: Selangor tak perlu label Islam

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 6 FEB: Selangor terus giat melaksanakan dasar dan polisi dianjurkan Islam tanpa perlu ‘label’ negeri Islam, kata Senator Dewan Negara, Prof Madya Dr Muhammad Nur Manuty. Beliau berkata, dasar dan polisi Kerajaan Negeri sentiasa mengutamakan prinsip Maqasid Syariah dan pelaksanaan adalah lebih penting daripada sekadar label Islam. “Terbaru, Kerajaan Negeri melancarkan Skim Peduli Sihat yang memperuntukkan RM500 kepada mereka berpendapatan RM3,000 ke bawah untuk mendapatkan rawatan di lebih 1,000 klinik swasta seluruh Selangor.

“Ini adalah salah satu contoh bagaimana Kerajaan Negeri melaksanakan sesuatu untuk manfaat seluruh masyarakat tanpa perlu menjual label Islam. “Banyak lagi program yang kita jayakan mengambil kira lima prinsip utama Maqasid Syariah,” katanya sejurus selesai Wacana Ilmu bertajuk Dasar dan Pentadbiran Awam daripada Perspektif Maqasid Syariah, di Institut Darul Ehsan (IDE), di sini, hari ini.

Majlis wacana itu menampilkan sepasang penceramah terkemuka dunia iaitu Pengasas dan Ahli Lembaga Pengarah Kesatuan Antarabangsa Ulama Islam yang juga Ahli Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah, Dr Jasser Auda dan isteri, Dr Basma Abdelgafar seorang Penganalisis Polisi. Dianjurkan IDE, majlis antara lain dihadiri bekas timbalan menteri yang kini ahli KEADILAN, Datuk Saifuddin Abdullah dan Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud. -NFN-

Sumber: https://selangorkini.my/2017/02/selangor-tak-perlu-label-islam/

Tagged under
Subscribe to this RSS feed