Dr. Jasser Auda: Discourse on Public Policy & Governance From Maqasid Shari'ah Perspective

IDE proudly organising IDE INTELLECTUAL DISCOURSE SERIES with Prof. Dr. Jasser Auda and Assoc. Prof. Dr. Basma as speakers. Both will speak on topic Public Policy & Governance From Maqasid Shari'ah Perspective on 6 February 2017 (Monday), Time: 10:00 - 1:00 pm at IDE Auditorium Shah Alam Selangor. Open to all.

https://www.facebook.com/events/2210234472534436/

https://www.facebook.com/ideselangor/videos/1242143655866552/

 LIVE STREAMING:

 

 

Diskusi Kajian Maqasid Shariah IDE 7.0

Pusat Kajian Maqasid Shari'ah Institut Darul Ehsan (IDE) telah menganjurkan Diskusi Kajian Maqasid Shari'ah Kali Ke-7 sepertimana berikut:

TARIKH: 18 Januari 2017 (Rabu)

MASA: 9:00 pagi - 1:30 tengah hari

LOKASI : Institut Darul Ehsan (IDE)

Pembentang:

Slot 1: Muzakarah Kitab al-Muwafaqat (Prof. Madya Dr Ahmad Wifaq Bin Mokhtar)

Slot 2: Raf'u Al-Haraj Dalam Pengurusan Islam (Dr. Ahmad Irdha' Bin Mokhtar)

Puisi Bumbung Shah Alam (Siri 2)

11 Januari 2017, Shah Alam - Puisi Bumbung Shah Alam telah berlangsung dengan jayanya yang dianjurkan bersama antara PAKSI dan IDE . Puisi ini telah menampilkan penyertaan dari pelbagai golongan seni dan budaya yang mengambil peluang menyampaikan puisi. Antara tetamu khas ialah A.Samad Said yang membawakan Puisi-Puisi Kembara China.

Teater Monolog Azmy Ahmad (Majlis Teater Pahang)

Seniman Paksi Rakyat Shamsudin Osman

 

Pemilihan Donald Trump sebagai Presiden akan jejaskan hubungan AS dengan Dunia Islam

Pada 8 November yang lalu, Amerika Syarikat (AS) telah mengadakan pilihanraya umum di mana berlakunya pemilihan di peringkat presiden, gabenor negeri dan senator. Pemilihan yang menjadi tumpuan tentulah di peringkat presiden di mana Donald Trump daripada parti Republikan dan Hillary Clinton dari Parti Demokrat bertanding merebut jawatan Presiden menggantikan Presiden Barrack Obama yang kini sedang menyandang jawatan. Walaupun pilihanraya diadakan pada bulan November 2016, namun bahang pilihanraya sudah terasa sejak pertengahan tahun 2015, di mana dua parti terbesar di AS, Republikan dan Demokrat mengadakan Pemilihan Calon atau Primaries.1 Di dalam Primaries ini, calon-calon akan mengumumkan hasrat mereka untuk menjadi calon serta terlibat dalam berkempen hampir di keseluruh negeri-negeri AS serta terlibat dalam debat di peringkat Primaries. Setelah Primaries yang pertama di Iowa pada bulan Febuari 2016, 2 calon teratas bagi peringkat Republikan adalah Donald Trump serta Ted Cruz. Bagi Demokrat pula, Bernie Sanders bersaing dengan Hillary Clinton untuk menjadi calon parti.2 Namun pada akhirnya setiap parti memilih calon yang mendapat  delegasi atau delegates terbanyak.

Bagi parti Republikan, Trump dan Cruz dianggap sebagai calon yang anti-establishment. Walaupun mereka mempunyai penyokong fanatik tersendiri namun mereka tidak disukai oleh pimpinan parti Republikan. Namun Trump berjaya mendapat populariti yang sangat tinggi kerana mesej beliau yang sangat mudah dan kadang-kadang terlampu simplistik menyebabkan ramai yang sukakannya. Ditambah lagi Trump sering menuding jari kepada imigran seperti orang-orang keturunan Mexico dan Islam yang dianggap telah mencuri kerja daripada orang-orang Amerika terutamanya orang kulit putih.3 Trump juga dianggap kebal daripada segala kontroversi walaupun begitu banyak pihak mendedahkan segala skandal dan kerugian yang beliau lakukan semasa menjadi jutawan, namun orang masih lagi menyokongnya kerana beliau dianggap jujur tanpa berselindung. Malah status beliau yang baru dalam politik dianggap sebagai satu kelebihan kerana ianya dianggap tidak pernah melakukan korupsi serta tidak terlibat dengan pelobi bank, korporat besar serta career politician.4 Ironinya Trump sebenarnya adalah manifestasi segala kejelikan Wall Street dan golongan orang kaya 1 peratus yang merenggut tengkuk Washington, namun perkara ini langsung tidak diambil endah oleh penyokong Trump.

Berbeza pula dengan Demokrat, calon yang dipilih adalah calon establishment iaitu Hillary Clinton. Beliau dianggap mempunyai ramai rakan-rakan dalam syarikat multinasional serta berpengalaman besar dalam politik seperti pernah menjadi senator dan Setiausaha Negara. Malah beliau sendiri pernah menetap di White House sebagai isteri kepada Presiden Bill Clinton.5 Namun Hillary mendapat saingan kuat daripada Bernie Sanders, yang dianggap sebagai calon bersih dan membawa agenda sosialisme serta welfare state yang telah ditinggalkan oleh AS sekian lama. Sanders sejak zaman mahasiswanya telah terlibat dengan aktiviti protes untuk hak asasi manusia semasa tahun 1960an dan antara senator yang menolak perang Iraq pada tahun 2003. Beliau juga didokong oleh ramai anak muda kerana janji beliau untuk memberi pendidikan percuma.6 Namun selepas Sanders berundur untuk memberi laluan kepada Hillary, banyak penganalisis melihat Hillary memasukkan beberapa agenda Sanders untuk memastikan undi Demokrat tidak berpecah.

Walaupun seluruh dunia menanti Hillary sebagai Presiden wanita AS yang pertama, namun dunia dikejutkan dengan kemenangan Trump. Trump menang dengan mendapat undi majoriti bagi Electoral College, iaitu 306 undi berbanding Hillary 232, walaupun kalah dari sudut undi popular berbanding Hillary. Sebanyak 30 negeri memilih Trump sebagai presiden manakala 20 negeri dan Washington DC memilih Hillary sebagai presiden. Dari sudut undi popular pula, Hillary mendapat 48 peratus undi popular manakala Trump mendapat 46.29 peratus undi daripada 120 juta undi.7 Perkara ini mengejutkan kerana hampir semua media dan kaji selidik pilihanraya meletakkan Hillary di hadapan. Ini kerana hasil daripada debat presiden serta pelbagai skandal yang dihadapi Trump, mereka merasakan mustahil Trump dapat menang. Namun analisis pasca pilihanraya menunjukkan bahawa ramai yang memandang rendah sokongan golongan pertengahan kulit putih terhadap Trump serta kebencian mereka kepada Hillary. Malah ramai pendokong Obama pada tahun 2008 dan 2012 juga tidak sukakan Hillary menyebabkan mereka enggan mengundi Hillary.8

Walaupun secara rasminya, ramai pemimpin Dunia Islam mengucapkan tahniah, namun dunia masih lagi menunggu apakah tindakan Trump dari sudut dasar luar.9 Menerusi manifesto Trump semasa kempen, beliau dilihat akan mengambil tindakan keras dalam isu Timur Tengah seperti perang saudara di Syria. Adakah beliau akan menghantar tentera Amerka ke sana? Namun siapa sebenarnya yang Amerika akan bantu? Tentera Assad atau tentera pejuang? Ini kerana umum mengetahui bahawa Trump mengkagumi Putin dan berkemungkinan tidak mahu campur tangan urusan Russia terutamanya apabila rejim Assad didukung oleh Putin. Kebimbangan yang terbesar tentulah mengenai layanan kerajaan Amerika selepas ini terhadap rakyat Amerika beragama Islam. Fenomena Islamofobia yang meningkat sejak peristwa 9/11 dan ISIS tentu akan lebih membarah apabila presiden sendiri dilihat memusuhi orang Islam.10 Ramai yang berharap bahawa retorik Trump tersebut hanyalah kempen politik semata-mata dan tidak akan diteruskan apabila beliau betul-betul memegang kuasa.

 Menurut Sheikh Hamza Yusuf, seorang intelektual Muslim tersohor menulis mengenai pentingnya tidak putus harapan dengan keputusan pilihanraya kali ini.11 Beliau mengingatkan bahawa peritiswa kali ini mengajar kita untuk terus berjuang. Ramai anak muda menolak retorik perkauman, di mana majoriti pengundi berumur 18 sehingga 39 menolak Trump.12 Ini menunjukkan bahawa masa depan negara Amerika akan diwarisi oleh rakyat yang progresif. Undang-undang Amerika juga adalah antara yang terkehadapan dalam melayani imigran dan toleransi terhadap minoriti adalah tertinggi dalam sejarah. Hamza Yusuf juga mengharapkan bahawa rakyat Amerika tidak berpecah dan menuding jari menyalahkan orang lain. Pilihanraya kali ini juga bagi beliau sepatutnya membuka mata orang Amerika sendiri tentang sistem dalaman yang perlu diperbaiki serta sentiasa simpati dengan krisis di negara luar dan bukan sekadar mementingkan diri sendiri sahaja.

 Mohammad Syazwannuddin Bin Shaharuddin 

1) http://www.cbsnews.com/media/gop-republican-debate-august-2015-highlights-analysis/

2) https://www.theguardian.com/us-news/live/2016/feb/01/iowa-caucus-vote-live-donald-trump-ted-cruz-bernie-sanders-hillary-clinton-2016

3) https://www.washingtonpost.com/posteverything/wp/2016/05/10/why-donald-trump-seems-invulnerable-to-the-flip-flop-charge/?utm_term=.dfa21bff00d1

4) http://www.usatoday.com/story/news/nation-now/2016/10/01/donald-trump-novi-michigan-rally-campaign/91382940/

5) https://www.thenation.com/article/why-progressives-should-vote-for-hillary-clinton/

6) http://www.latimes.com/politics/la-na-clinton-sanders-age-20160419-story.html

7) http://edition.cnn.com/election/results/president

8) http://www.japantimes.co.jp/opinion/2016/11/25/commentary/world-commentary/six-reasons-trumps-win-wasnt-surprise/#.WD0ZflxLDIU

9) http://www.aljazeera.com/news/2016/11/world-leaders-react-donald-trump-triumph-161109083310076.html

10) http://www.thenational.ae/world/americas/hate-crime-and-islamophobia-increases-after-trump-victory

11)  https://sandala.org/we-shall-overcome/sandala.org/we-shall-overcome/

 12) http://www.bbc.co.uk/newsbeat/article/37920950/who-voted-for-trump-not-young-people-say-exit-polls

Masa Depan Laut China Selatan: Satu Analisis

Oleh: Wan Hazwani binti Wan Hamedi, Penyelidik IDE 

Laporan tentang Isu Laut China Selatan Isu laut China Selatan sejak kebelakangan ini sedang hangat diperkatakan berikutan daripada keputusan oleh Tribunal Timbang Tara Antarabangsa (PCA) di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang berpusat di The Hague, Belanda telah memutuskan menolak tuntutan China ke atas Laut China Selatan menerusi “Sembilan garis-putus” (lihat rajah 1). Isu ini telah mula mendapat perhatian dunia sejak Filipina memfailkan perkara ini sejak 3 tahun yang lalu setelah China dikatakan melanggar hak kedaulatan Filipina dalam zon ekonomi ekslusif, EEZ berikutan tindakan mereka yang turut campur tangan dalam aspek perikanan dan eksplorasi petroleum Filipina. Selain itu, pihak China juga telah membina pulau-pulau buatan di kawasan perairan tersebut di samping gagal menghalang nelayan-nelayan China daripada menjalankan aktiviti penangkapan ikan di kawasan berkenaan.

Oleh itu, pada 12 Julai 2016, pihak tribunal telah menetapkan beberapa perkara penting yang berbangkit daripada kawasan-kawasan yang dituntut oleh Malaysia dan China di Laut China Selatan.

Rajah 1: Kawasan Sembilan garis-putus (nine-dash line) yang dituntut oleh China.

(sumber:http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesan-timbangtara-laut-china-selatan-ke-atas-malaysia-111323)

Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh tribunal timbang tara:

1. Pihak tribunal mendapati tiada undang-undang asas untuk China dalam menuntut hak-hak bersejarah terhadap sumber-sumber yang terdapat dalam kawasan perairan “Sembilan garis-putus”.

2. Pihak tribunal mendapati tiada satu pun ciri-ciri yang dituntut oleh China adalah berupaya untuk mengahsilkan satu Zon ekonomi ekslusif, EEZ daripada 200 batu nautika.

3. Pihak tribunal mendapati China telah melanggar kedaulatan Filipina dengan menyekat aktiviti perikanan oleh nelayan dari Filipina di samping membina pulau-pulau buatan dan gagal untuk menghalang nelayan-nelayan China melakukan aktiviti perikanan di kawasan EEZ Filipina.

4. Pihak tribunal mendapati China telah menyebabkan kemudaratan yang teruk terhadap persekitaran marin akibat daripada aktiviti-aktiviti penambakan (reclamation activities) di beberapa kawasan Kepulauan Spratly. (lihat rajah 3)

5. Pihak tribunal mendapati China telah mencabuli obligasi yang telah dipersetujui supaya tidak memburukkan atau meluaskan lagi pertikaian sementara menunggu proses penyelesaian berikutan daripada aktiviti penambakannya secara berskala yang besar. 

Rajah 2: peta perairan Laut China Selatan menunjukkan tuntutan pelbagai wilayah.

 

 Rajah 3 Laut china selatan

Rajah 4: tuntutan bertindih maritime yang dituntut oleh beberapa buah negara ke atas laut China Selatan (kuning: Malaysia, hijau: Brunei, jingga: Vietnam, perang: Filipina, merah: China,

sumber: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kesan-timbangtara-laut-china-selatan-ke-atas-malaysia-111323)

Laut China selatan merupakan sebahagian daripada lautan pasifik yang meliputi kawasan dari Singapura dan Selat Melaka ke Selat Taiwan sekitar 3500.00 kilometer persegi. Ianya juga terletak dalam kawasan-kawasan seperti berikut: - Selatan Tanah Besar China dan Pulau Taiwan - Barat Filipina - Barat Laut Sabah (Malaysia), Sarawak (Malaysia) dan Brunei - Utara Indonesia - Timur Laut Semenanjung Tanah Melayu (Malaysia) dan Singapura - Timur Vietnam Isu yang dibangkitkat di Laut China Selatan ini bermula ketika Malaysia bersama-sama dengan lima negara lain iaitu Filipina, Vietnam, Indonesia, Brunei dan China membuat tuntutan ke atas beberapa kawasan di Laut China Selatan.

Berdasarkan kepada perkara yang termaktub dalam LOSC, mana-mana negara mempunyai hak untuk membuat tuntutan terhadap wilayah laut sehingga 12 batu nautika wilayah Zon Ekonomi Ekslusif (EEZ) dan pelantar benua. Kepulauan Spratly atau dikenali sebagai kepulauan Nansha oleh masyarakat di Tanah Besar China secara geografinya lebih dekat dengan negara-negara Asia Tenggara. Kepulauan ini dikatakan pernah menjadi hak milik empayar Jepun sehingga penghujung Perang Dunia Kedua pada tahun 1945. Pihak Jepun telah melepaskan kedaulatan ke atas kepulauan ini pada tahun 1951 melalui Perjanjian Perdamaian San Fransisco antara Jepun dan pihak Berikat. Pihak negara China mengatakan tuntutan yang dibuat ke atas Laut China Selatan mesti dilihat dari segi ideology sejarahnya, dan berikutan daripada itu Laut China Selatan merupakan milik China dan kedaulatannya juga harus diletakkan di bawah negara tersebut. Selain itu, menerusi sumber berita Awani pada September 2015 ada melaporkan mengenai kenyataan Laksamana China iaitu Yuan Yubai mengatakan Laut China Selatan adalah milik China berdasarkan kepada namanya “Laut China Selatan”. China telah memulakan aktiviti-aktiviti penambakan di kepulauan Spratly sebagai lambang kedaulatan menerusi kependudukan efektif (effectivitae). Keadaan ini telah menyebabkan beberapa negara mempertikaikan Sembilan garis-putus yang dianggap telah melanggar syarat-syarat yang dipersetujui di bawah undang-undang antarabangsa.

Dengan ini, Filipina telah memulakan penentangan terhadap isu ini dengan memfailkan kes menentang China pada 22 Januari 2013 kepada PCA seperti yang dibenarkan dalam Artikel 287 LOSC. Keputusan terhadap isu ini telah diputuskan oleh pihak tribunal dan kenyataan media berkenaan isu ini telah disiarkan oleh pihak tribunal pada tarikh 12 Julai 2016 dengan memutuskan ‘sembilan garis-putus’ yang dituntut oleh kerajaan China berdasarkan faktor sejarah adalah tidak bertepatan dengan perkara-perkara yang terkandung dalam undang-undang antarabangsa. Pihak tribunal juga menyatakan kerajaan China seharusnya menghormati hak dan kebebasan Filipina dan mematuhi kewajipannya di bawah konvensyen terhadap tuntutan yang dilakukan oleh kerajaan Filipina.

Kesan terhadap kerajaan Malaysia

Hasil daripada keputusan PCA ini mendapati, jika digunakan untuk kes-kes lain di Laut China Selatan, keadaan ini akan lebih mengukuhkan tuntutan Malaysia ke atas kawasan-kawasan seperti James Shoal atau Beting Serupai, yang terletak hanya 80 km sebelah barat laut dari Bintulu, Sarawak dan juga di dalam pelantar benua Malaysia dan 200 batu nautika EEZ.

Selain itu, tuntutan Malaysia ke atas Utara Luconia Shoals (atau Gugusan Beting Raja Jarun) dan Selatan Luconia Shoals (Gugusan Beting Patinggi Ali) yang terletak kira-kira 100 kilometer dari Sarawak juga akan lebih diperkukuhkan. Keadaan ini dapat dilihat melalui gambaran daripada Rajah 1 iaitu tuntutan China melalui Sembilan garis-putus. Tuntutan China terhadap kawasan ini secara amnya akan memberi kesan ke atas wilayah perairan di bahagian Sabah dan Sarawak berikutan daripada China memutuskan kawasan tersebut merupakan hak milik kerajaan mereka sepenuhnya. Keputusan yang dilakukan oleh PCA berkaitan tuntutan China ke atas “Sembilan garis-putus” ini telah memberi kelebihan kepada kerajaan Malaysia kerana kebanyakan daripada tuntutan maritime oleh Malaysia terletak lebih dari 200 batu nautika dari Tanah Besar China. Maka tuntutan China yang dikatakan tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa telah membolehkan tidak lagi berlakunya pertindihan tuntutan dalam aspek maritime antara Malaysia dan China. Keputusan daripada PCA ini juga membolehkan Malaysia berada di tahap yang lebih baik dalam memastikan insiden seperti pencerobohan Beting Patinggi Ali yang kedudukan sebenarnya adalah dalam kawasan perairan Malaysia tidak berlaku lagi.

Kesimpulan

Walaupun kerajaan China mengambil pendekatan tidak mengiktiraf keputusan sebulat suara yang dilakukan oleh PCA ini, Malaysia seharusnya menyambut baik keputusan tersebut. Berikutan daripada hubungan baik Malaysia dan China dalam bidak ekonomi, Malaysia juga seharusnya meminimumkan kegelisahannya terhadap China dengan meneruskan rundingan dua hala dalam bidang pertikaian serta mengadakan rundingan berhubung isu Laut China Selatan dalam pertubuhan ASEAN dengan China. Ini merupakan perkara yang penting bagi negara-negara yang terlibat terutamanya dalam kalangan rantau Asia Tenggara yang menuntut kedaulatan di Laut China Selatan untuk mencapai kata sepakat. Negara-negara terlibat seharusnya sedaya-upaya mengelak daripada berlakunya pertikaian wilayah maritim yang tidak aman. Kerajaan Malaysia sebagai contohnya harus menggalakkan rakyat supaya terus bersatu dalam menegakkan kedaulatan negara dalam isu Laut China Selatan. Kerajaan Malaysia juga disarankan supaya mempergiatkan lagi aktiviti-aktiviti perikanan di kawasan yang menjadi pertikaian ini dengan menggalakkan aktiviti memancing dalam kalangan nelayan negara ini. Mereka juga seharusnya menjalankan rondaan yang kerap di kawasan perairan ini bagi menunjukkan ketegasan kerajaan berhubung isu pengiktirafan beberapa kawasan perairan di Laut China Selatan yang juga dituntut oleh Malaysia.

IDE-PPAS Kerjasama Anjur Program Ulas Buku

SHAH ALAM, 23 DIS: Institut Darul Ehsan (IDE) dengan kerjasama Perbadanan Perpusatakaan Awam Selangor (PPAS) menganjurkan 30 Siri Program Ulasan Buku membabitkan 96 perpustakaan seluruh negeri. Pengarah PPAS, Mastura Muhammad berkata, program itu dilaksanakan melalui ulasan dibuat pembentang berdasarkan tajuk buku terpilih dan dibahas bersama semasa sesi diskusi di perpustakaan. Beliau berkata, pihaknya turut berbesar hati menjalin kerjasama dalam program terbabit dan berharap ia dapat diteruskan bagi memberi impak kepada masyarakat. “Turut dilaksanakan projek penterjemahan beberapa buku oleh Pengerusi IDE, Profesor Adjung Dato’ Dr Siddiq Fadzil, malahan Unit Perancangan Ekonomi Selangor (UPEN) juga bersetuju meletakkan logo PPAS pada buku berkenaan. “Ia menjadi salah satu cara untuk kita berikan kepada 14 perpustakaan di negeri lain supaya dimanfaatkan serta bernilai untuk diperolehi.

Kita juga berharap isi kandungannya yang mambawa karya ilmiah dan mempunyai nilai tamadun tinggi sampai kepada pembaca di seluruh Selangor dan negeri yang lain,” katanya ketika berucap dalam Program Bicara Ilmu Darul Ehsan di Auditorium IDE, Seksyen 15, di sini, pagi tadi. Ia bertujuan menjadikan Selangor sebagai ‘Smart State’ yang mendukung aspirasi membina rakyat berilmu dan maju dari segi pembangunan fizikal, mental dan spiritual.

Hadir sama, Ketua Eksekutif IDE, Profesor Dato’ Dr Mohammad Redzuan. Sementara itu, Dr Mohammad Redzuan berharap pihaknya dapat meneruskan kerjasama strategik dalam program terbabit membabitkan perpustakaan negeri, daerah dan desa, pada 2017. “Kita juga berharap dapat mengadakan kerjasama strategik untuk aktiviti terjemahan di samping membantu IDE membangunkan pusat Rujukan dan kajian,” katanya.

Sumber: https://selangorkini.my/2016/12/ide-ppas-kerjasama-anjur-program-ulas-buku/

Tagged under

Survei IDE: Anwar Masih Popular dan Relevan

Jumaat, 16 Dis 2016, Shah Alam: Merujuk kepada laporan SINAR HARIAN bertarikh 15 Disember 2016, Khamis, bertajuk “LUPAKAN ANWAR”, adalah berbeza dengan dapatan Kajian Survei Persepsi Rakyat Selangor 2016 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE). Survei yang dijalankan menunjukkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (DSAI) masih lagi ikon yang memberi kesan kepada perkembangan politik negara.

Kajian, mendapati beliau masih relevan dalam perkembangan politik ini. Berdasarkan survei IDE yang dijalankan pada 26 Ogos 2016 hingga awal September 2016 melibatkan 1761 orang responden. Kajian tersebut dilakukan secara bersemuka melibatkan kaum Melayu, Cina dan India di 56 DUN Selangor. Survei menunjukkan bahawa 51% responden rakyat Selangor percaya bahawa DSAI telah dizalimi dan perlu segera dibebaskan dari penjara. Peratusan tersebut meningkat daripada Survei sebelum ini sebanyak 43% yang dijalankan oleh IDE pada November 2015. (Rajah 1) Malah 40% responden juga bersetuju bahawa DSAI perlu menerajui pimpinan Kerajaan Malaysia untuk mengembalikan kecemerlangan negara. 44% responden juga bersetuju bahawa pembebasan DSAI mampu menyatukan kembali parti-parti yang menentang BN dalam PRU ke-14. (Rajah 1)

Ketokohan beliau juga terserlah apabila digandingkan dalam soalan berhubung dengan tokoh pembangkang yang mampu menjadi pemimpin Malaysia.  Beliau juga menduduki tangga tertinggi sebanyak 29% menjadi pilihan pengundi Belia Selangor. (Rajah 4) Melihat kepada perincian sokongan berdasarkan kaum, DSAI masih lagi tinggi merentasi 3 kaum terbesar iaitu Melayu, Cina dan India. (Rajah 3)

Kesimpulan yang boleh dibuat berdasarkan kajian penyelidikan ini menunjukkan DSAI masih popular dikalangan rakyat Malaysia dan pastinya isu-isu perjuangan beliau termasuk berkaitan dengan keadilan dan demokrasi adalah relevan. © Kluster Penyelidikan, Institut Darul Ehsan (IDE).

PROFESOR DR. SHAHARUDDIN BADARUDDIN

Ahli Lembaga Pengarah /

Pengerusi Kluster Pendidikan Politik & Demokrasi Institut Darul Ehsan (IDE)

 

 

 

Sidang Media IDE: Survei Terkini Selangor

SHAH ALAM, 27 Sep 2016: Pembentangan SURVEI IDE: ISU & PERSEPSI PENGUNDI SELANGOR telah dianjurkan oleh IDE di Hotel Carlton Shah Alam di hadapan pelbagai tetamu jemputan dan wartawan. Pembentangan survei tersebut dibentangkan oleh Y.Bhg. Dato' Dr. Mohammad Redzuan Othman. Institut Darul Ehsan (IDE) sebagai sebuah badan penyelidikan hingga kini telah menjalankan 4 kajian berkala berkaitan dengan persepsi pengundi Selangor sejak 2015. Penyelidikan ini diketuai oleh Prof. Dato’ Dr. Mohammad Redzuan Othman bersama dengan penyelidik-penyelidik lain daripada pelbagai Universiti dan dibantu oleh penyelidik terlatih daripada IDE.

Subscribe to this RSS feed