Editor

Editor

Survei Malaysia 2017: GST Punca Kenaikan Kos Sara Hidup

Respon terhadap pandangan Rakyat Malaysia tentang Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST)

Berdasarkan survei Malaysia yang di jalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE), rakyat Malaysia bersetuju bahawa kenaikan kos sara hidup adalah berpunca Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST) yang telah di laksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015.

SURVEI MALAYSIA 2017: #MOOD RAKYAT, #MOOD OF THE NATION - GST PUNCA KENAIKAN KOS SARA HIDUP

Mengikut kajian, 82% rakyat Malaysia telah menjawab setuju bahawa GST adalah punca utama kenaikan kos sara hidup, manakala hanya 8% sahaja yang tidak bersetuju. Jumlah ini juga turut mencerminkan penolakan rakyat Malaysia terhadap GST yang telah mengakibatkan harga barang yang semakin naik dan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi rakyat Malaysia.

IDE telah menjalankan beberapa siri survei sebelum ini, turut mendedahkan bahawa trend penolakan pengundi yang semakin meningkat dapat dilihat sejak 2015 apabila soalan berkaitan GST diajukan, walaupun kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan segala medium yang ada untuk memberi pendedahan yang positif mengenai GST dari semasa ke semasa. Berdasarkan “tracking” IDE sejak 2015, didapati  bahawa:

  1. Persepsi masyarakat bahawa isu GST telah menyebabkan kenaikan harga barang.
  2. Kenaikan harga barang ini memberikan kesan kepada sara hidup dan masalah ekonomi rakyat khususnya yang tinggal di kawasan-kawasan bandar.
  3. Kenaikan harga barang dirasai rakyat secara menyeluruh oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan berpendapatan rendah dan ‘miskin bandar’.
  4. Kajian IDE juga mendapati keluhan dan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap GST ini adalah merentas umur, kaum dan pekerjaan termasuk tempat tinggal.
  5. Lebih 55% Penyokong Barisan Nasional (BN) dikalangan responden, turut menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan berhubung dengan dasar GST di negara ini.Tracking Statistik GSTHasil dapatan ini diperoleh daripada set soalan Survei Malaysia 2017 yang dijalankan oleh IDE pada 11 hingga 15 Ogos 2017 melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dilaksanakan secara akademik dan saintifik oleh IDE dengan melibatkan 64 orang enumerator terlatih yang turun secara bersemuka dengan 4468 responden di semua negeri yang dibahagikan mengikut Parlimen.   

 IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan dengan menggunakan tablet dan aplikasi IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara real time di bilik operasi IDE bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan. 

Responden terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan perbincangan berkelompok dengan pelbagai kumpulan bagi menentukan keabsahan dan menyemak dapatan. 

Kajian ini diketuai oleh PROF. DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN dan kumpulan pakar penyelidik IDE dari pelbagai latar belakang.

Survei ini  adalah sebahagian dapatan daripada Projek Survei Malaysia 2017: MOOD RAKYAT I MOOD OF THE NATION boleh dijadikan asas untuk mengukur persepsi rakyat terhadap isu-isu yang dikaji bagi tempoh 6 bulan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web IDE: www.ideselangor.com.

Kluster Penyelidikan,
Pusat Kajian Pilihan Raya & GIS
Institut Darul Ehsan (IDE)

Sidang Media Survei Malaysia 2017 #MOODRAKYAT #MOODOFTHENATION

SIDANG MEDIA SURVEI MALAYSIA 2017: #MOODRAKYAT #MOODOFTHENATION

Disampaikan oleh 
PROF. DATO' DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN
Timbalan Pengerusi IDE

Tarikh : 28 Ogos 2017 (Isnin)
Masa : 4:30 petang

[Slide pembentangan boleh di muat turun daripada SCRIBD IDE berikut atau link attachment di bawah]

PC Edaran Media -28-082-017- Survei Malaysia 2017 #MOODRAKYAT #MOODOFTHENATION by Institut Darul Ehsan on Scribd

 

RAKAMAN VIDEO PEMBENTANGAN

MB Selangor Pemimpin Pelapis TERTINGGI Mampu Memimpin Malaysia

Kajian IDE juga mendapati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali merupakan pemimpin politik pelapis yang mampu memimpin Malaysia menjadi negara yang dihormati berbanding pemimpin lain dengan peratusan sebanyak 36%. Terdahulu IDE juga turut menyiarkan laporan bahawa sokongan beliau sebagai Menteri Besar Selangor meningkat kepada 62% menjelang kepada PRU 14 berbanding 58% pada kajian Ogos 2016. Prestasi YAB Dato’ Menteri Besar ini berjaya mewujudkan kestabilan politik di Negeri Selangor.  

Hasil dapatan ini diperolehi daripada Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan pada minggu lepas daripada 8 hingga 13 Februari 2017 melibatkan 56 DUN Selangor. Ia dilaksanakan secara sistematik oleh IDE melibatkan 50 orang enumerator terlatih secara bersemuka dengan 2018 responden di 56 DUN tersebut.  

IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan ini dengan menggunakan tablet dan aplikasi  IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi IDE  bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan.  

Responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain daripada survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kelompok bagi menentukan keabsahan dapatan.  

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

Timbalan Pengerusi IDE Institut Darul Ehsan  

Sokongan Rakyat Selangor Terhadap Pakatan Terus Kukuh

Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali terus kukuh hasil kerjasama gabungan Parti Keadilan, Parti DAP, Parti PAS, Parti Amanah dan Parti Bersatu yang membentuk Kerajaan Negeri ketika ini.

Hasil Survei dan Kajian Persepsi Rakyat Selangor 4.0 yang dijalankan oleh IDE menunjukkan sokongan terhadap gabungan ini meningkat kepada 69% berbanding 59% pada Ogos 2016. Data ini menunjukkan bahawa rakyat negeri Selangor masih utuh memberi kepercayaan tinggi kepada gabungan PAKATAN untuk terus berkhidmat untuk rakyat Selangor. Oleh yang demikian, tiada sebab untuk berlakunya peralihan kepimpinan seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak jika melihat kepada persepsi sokongan rakyat.    

Kajian IDE juga mendapati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali merupakan pemimpin politik pelapis yang mampu memimpin Malaysia menjadi negara yang dihormati berbanding pemimpin lain dengan peratusan sebanyak 36%. Terdahulu IDE juga turut menyiarkan laporan bahawa sokongan beliau sebagai Menteri Besar Selangor meningkat kepada 62% menjelang kepada PRU 14 berbanding 58% pada kajian Ogos 2016. Prestasi YAB Dato’ Menteri Besar ini berjaya mewujudkan kestabilan politik di Negeri Selangor.  

Hasil dapatan ini diperolehi daripada Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan pada minggu lepas daripada 8 hingga 13 Februari 2017 melibatkan 56 DUN Selangor. Ia dilaksanakan secara sistematik oleh IDE melibatkan 50 orang enumerator terlatih secara bersemuka dengan 2018 responden di 56 DUN tersebut.  

IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan ini dengan menggunakan tablet dan aplikasi  IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi IDE  bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan.  

Responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain daripada survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kelompok bagi menentukan keabsahan dapatan.  

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

Timbalan Pengerusi IDE Institut Darul Ehsan  

Subscribe to this RSS feed