Survei Malaysia 2017: GST Punca Kenaikan Kos Sara Hidup

Respon terhadap pandangan Rakyat Malaysia tentang Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST)

Berdasarkan survei Malaysia yang di jalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE), rakyat Malaysia bersetuju bahawa kenaikan kos sara hidup adalah berpunca Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST) yang telah di laksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015.

SURVEI MALAYSIA 2017: #MOOD RAKYAT, #MOOD OF THE NATION - GST PUNCA KENAIKAN KOS SARA HIDUP

Mengikut kajian, 82% rakyat Malaysia telah menjawab setuju bahawa GST adalah punca utama kenaikan kos sara hidup, manakala hanya 8% sahaja yang tidak bersetuju. Jumlah ini juga turut mencerminkan penolakan rakyat Malaysia terhadap GST yang telah mengakibatkan harga barang yang semakin naik dan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi rakyat Malaysia.

IDE telah menjalankan beberapa siri survei sebelum ini, turut mendedahkan bahawa trend penolakan pengundi yang semakin meningkat dapat dilihat sejak 2015 apabila soalan berkaitan GST diajukan, walaupun kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan segala medium yang ada untuk memberi pendedahan yang positif mengenai GST dari semasa ke semasa. Berdasarkan “tracking” IDE sejak 2015, didapati  bahawa:

  1. Persepsi masyarakat bahawa isu GST telah menyebabkan kenaikan harga barang.
  2. Kenaikan harga barang ini memberikan kesan kepada sara hidup dan masalah ekonomi rakyat khususnya yang tinggal di kawasan-kawasan bandar.
  3. Kenaikan harga barang dirasai rakyat secara menyeluruh oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan berpendapatan rendah dan ‘miskin bandar’.
  4. Kajian IDE juga mendapati keluhan dan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap GST ini adalah merentas umur, kaum dan pekerjaan termasuk tempat tinggal.
  5. Lebih 55% Penyokong Barisan Nasional (BN) dikalangan responden, turut menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan berhubung dengan dasar GST di negara ini.Tracking Statistik GSTHasil dapatan ini diperoleh daripada set soalan Survei Malaysia 2017 yang dijalankan oleh IDE pada 11 hingga 15 Ogos 2017 melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dilaksanakan secara akademik dan saintifik oleh IDE dengan melibatkan 64 orang enumerator terlatih yang turun secara bersemuka dengan 4468 responden di semua negeri yang dibahagikan mengikut Parlimen.   

 IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan dengan menggunakan tablet dan aplikasi IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara real time di bilik operasi IDE bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan. 

Responden terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan perbincangan berkelompok dengan pelbagai kumpulan bagi menentukan keabsahan dan menyemak dapatan. 

Kajian ini diketuai oleh PROF. DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN dan kumpulan pakar penyelidik IDE dari pelbagai latar belakang.

Survei ini  adalah sebahagian dapatan daripada Projek Survei Malaysia 2017: MOOD RAKYAT I MOOD OF THE NATION boleh dijadikan asas untuk mengukur persepsi rakyat terhadap isu-isu yang dikaji bagi tempoh 6 bulan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web IDE: www.ideselangor.com.

Kluster Penyelidikan,
Pusat Kajian Pilihan Raya & GIS
Institut Darul Ehsan (IDE)

Sidang Media Survei Malaysia 2017 #MOODRAKYAT #MOODOFTHENATION

SIDANG MEDIA SURVEI MALAYSIA 2017: #MOODRAKYAT #MOODOFTHENATION

Disampaikan oleh 
PROF. DATO' DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN
Timbalan Pengerusi IDE

Tarikh : 28 Ogos 2017 (Isnin)
Masa : 4:30 petang

[Slide pembentangan boleh di muat turun daripada SCRIBD IDE berikut atau link attachment di bawah]

PC Edaran Media -28-082-017- Survei Malaysia 2017 #MOODRAKYAT #MOODOFTHENATION by Institut Darul Ehsan on Scribd

 

RAKAMAN VIDEO PEMBENTANGAN

MB Selangor Pemimpin Pelapis TERTINGGI Mampu Memimpin Malaysia

Kajian IDE juga mendapati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali merupakan pemimpin politik pelapis yang mampu memimpin Malaysia menjadi negara yang dihormati berbanding pemimpin lain dengan peratusan sebanyak 36%. Terdahulu IDE juga turut menyiarkan laporan bahawa sokongan beliau sebagai Menteri Besar Selangor meningkat kepada 62% menjelang kepada PRU 14 berbanding 58% pada kajian Ogos 2016. Prestasi YAB Dato’ Menteri Besar ini berjaya mewujudkan kestabilan politik di Negeri Selangor.  

Hasil dapatan ini diperolehi daripada Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan pada minggu lepas daripada 8 hingga 13 Februari 2017 melibatkan 56 DUN Selangor. Ia dilaksanakan secara sistematik oleh IDE melibatkan 50 orang enumerator terlatih secara bersemuka dengan 2018 responden di 56 DUN tersebut.  

IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan ini dengan menggunakan tablet dan aplikasi  IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi IDE  bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan.  

Responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain daripada survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kelompok bagi menentukan keabsahan dapatan.  

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

Timbalan Pengerusi IDE Institut Darul Ehsan  

Sokongan Rakyat Selangor Terhadap Pakatan Terus Kukuh

Kedudukan Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali terus kukuh hasil kerjasama gabungan Parti Keadilan, Parti DAP, Parti PAS, Parti Amanah dan Parti Bersatu yang membentuk Kerajaan Negeri ketika ini.

Hasil Survei dan Kajian Persepsi Rakyat Selangor 4.0 yang dijalankan oleh IDE menunjukkan sokongan terhadap gabungan ini meningkat kepada 69% berbanding 59% pada Ogos 2016. Data ini menunjukkan bahawa rakyat negeri Selangor masih utuh memberi kepercayaan tinggi kepada gabungan PAKATAN untuk terus berkhidmat untuk rakyat Selangor. Oleh yang demikian, tiada sebab untuk berlakunya peralihan kepimpinan seperti mana yang digembar-gemburkan oleh pelbagai pihak jika melihat kepada persepsi sokongan rakyat.    

Kajian IDE juga mendapati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali merupakan pemimpin politik pelapis yang mampu memimpin Malaysia menjadi negara yang dihormati berbanding pemimpin lain dengan peratusan sebanyak 36%. Terdahulu IDE juga turut menyiarkan laporan bahawa sokongan beliau sebagai Menteri Besar Selangor meningkat kepada 62% menjelang kepada PRU 14 berbanding 58% pada kajian Ogos 2016. Prestasi YAB Dato’ Menteri Besar ini berjaya mewujudkan kestabilan politik di Negeri Selangor.  

Hasil dapatan ini diperolehi daripada Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan pada minggu lepas daripada 8 hingga 13 Februari 2017 melibatkan 56 DUN Selangor. Ia dilaksanakan secara sistematik oleh IDE melibatkan 50 orang enumerator terlatih secara bersemuka dengan 2018 responden di 56 DUN tersebut.  

IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan ini dengan menggunakan tablet dan aplikasi  IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi IDE  bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan.  

Responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain daripada survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kelompok bagi menentukan keabsahan dapatan.  

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

Timbalan Pengerusi IDE Institut Darul Ehsan  

SIRI POLITIK MAQASIDI: Politik Nilai Dalam Pemikiran Politik Islam bersama Saudara Marwan Bukhari A. Hamid

SIRI POLITIK MAQASIDI [Siri 1/8 2017]
[Politik Nilai Dalam Pemikiran Politik Islam]
bersama Saudara Marwan Bukhari A. Hamid

3 OGOS 2017 (KHAMIS) - JAM 8:30 MALAM
(Setiap Khamis M1 dan M2 setiap bulan)
Bertempat di Institut Darul Ehsan (IDE), Shah Alam


Boleh ikuti live :
FB Page Live: https://www.facebook.com/ideselangor/
Web: http://tv.ideselangor.com

KENYATAAN PELAWAAN MENGEMUKAKAN CADANGAN SECARA REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)

1. IDE Research Centre Sdn Bhd (IDE) mempelawa syarikat yang berwibawa dan berpengalaman yang berminat untuk mengemukakan cadangan secara Request for Proposal (RFP) seperti berikut:

NO. RFP

TAJUK RFP

TARIKH & TEMPAT

RFP DIKELUARKAN

TARIKH TUTUP RFP

(RFP/IDE/

WR/2017/01) 

Cadangan penyediaan

‘video wall solution’, LCD interaktif dan rekaaan dalam berkaitan di Bilik

Operasi di IDE

7 Ogos 2017 (Jumaat)

Masa:
10.00 pagi

hingga 4.00petang 

 

Tempat:


Institut Darul Ehsan

45 Jalan Tukul P 15/P

Seksyen 15

40200 Shah Alam 

 

 

 

14 Ogos 2017 

Masa : 4.00 petang 

 

 

(RFP/IDE/

WR/2017/02) 

Cadangan penyediaan hiasan dalaman, rak, perabot bagi Bilik Operasi di IDE

Sesi taklimat akan diadakan pada 7 Ogos 2017 (Isnin), 10.00 pagi di Bilik Mesyuarat IDE, 45 Jalan Tukul P 15/P, Seksyen 15, 40200 Shah Alam 

2. Terbuka kepada syarikat tempatan yang berwibawa dan berpengalaman yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan.

3. Dokumen RFP hanya akan dikeluarkan kepada syarikat yang menghadiri taklimat tersebut pada 7 Ogos 2017.

4. Syarikat yang berminat dikehendaki mengemukakan salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan dan profil syarikat ketika mendapatkan dokumen RFP tersebut.

5. Syarikat yang tersenarai akan diminta untuk membuat satu pembentangan kepada IDE pada masa yang akan ditentukan kemudian.

6. IDE tidak terikat untuk menerima mana-mana cadangan sepenuhnya atau sebahagian daripadanya atau sebarang RFP. IDE juga tidak terikat untuk memberi apa-apa sebab penolakan serta tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perbelanjaan oleh syarikat yang mengemukakan RFP. Tawaran yang diterima selepas jam 4.00 petang, 11 Ogos 2016 tidak akan diterima atau dipertimbangkan.Sila muat turun makluman iklan yang dilampirkan dalam format PDF.

Sila muat turun notis iklan yang dilampirkan di bawah.

Download attachments:
  • 0

AYG gerakkan Operasi Suci Cuci Hulu Langat

HULU LANGAT, 21 JUN: Sukarelawan Adab Youth Garage (AYG) menggerakkan Operasi Suci Cuci Hulu Langat bagi membantu membersihkan kediaman dan Surau Taufikiah di Kampung Batu 15, Dusun Tua ekoran kejadian banjir kilat yang berlaku hujung minggu lalu.

Pengurus Kanan (Penyelidikan) Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin Mohd Munir berkata, operasi ini merupakan jalinan kerjasama mereka bersama Jaringan Komuniti COMNET Universiti Selangor (UNISEL), Institut Darul Ehsan (IDE) dan Pemerbadanan Menteri besar (MBI).

 

“Alhamdulillah penduduk kampung beri kerjasama dan mengalu-alukan bantuan. Kebanyakkan rumah mereka sudah dicuci. Justeru kami berhubung dengan ketua kampung selaraskan rumah yang orang kelainan upaya (OKU) atau orang tua dan yang tiada kemampuan untuk buat pembersihan,” katanya.

Pasukan AYG adalah program ‘one stop centre’ hasil inisiatif menggerakkan belia bersama masyarakat oleh IDE dan MBI yang diketuai Nizam Shamsuddin selaku Koordinator Penyelaras AYG.

WhatsApp Image 2017-06-21 at 14.58.04Operasi Suci Cuci ini dijalankan pada sejak awal pagi tadi dan berakhir dengan majlis iftar melibatkan 60 sukarelawan dalam kalangan 20 pelajar UNISEL COMNET-MBI, Sukarelawan AYG Bangi, AYG Kota Damansara dan Tangjung Karang,

Sukarelawan pertubuhan belia seperti Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), PEPIAS dan Belia Bangi, Tim Medic, pasukan doktor Medic ABIM dengan sokongan Hospital Pakar Al-Islam turut bersama memberikan sokongan perubatan dan sukarelawan menerusi operasi klinik bergerak.

Dalam operasi sama, 30 buah keluarga turut mendapat bantuan keperluan dapur seperti beras, minyak masak, gula dan sardin yang disampaikan terus ke rumah mereka.

=EZY=

 

IDE Jalin Kerjasama Jaya Penyelidikan SELANGOR

Timbalan Pengerusinya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, pendekatan terbabit sejajar mengukuhkan fungsi dan peranan agensi itu sebagai badan pemikir juga ‘think tank’ kepada Kerajaan Negeri. “IDE menghormati semua pihak yang terbabit dalam bidang ini dengan kekuatan kajiannya kerana ia diwujudkan atas landasan berdasarkan emperikal multi-disiplin dan kukuh.

“Sejak ditubuhkan, IDE berjaya menjalankan lapan kajian lapangan dan survei persepsi politik serta isu semasa dengan kajian dilakukan secara akademik juga saintifik, memanfaatkan kaedah kajian kuantitatif juga kualitatif terkini termasuk kemajuan prasarana teknologi maklumat (IT),” katanya dalam Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitri dan Perasmian Bangunan IDE di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara kajian dijalankan IDE ialah Survei Landskap Politik Selangor, Survei Persepsi Rakyat Selangor, Survei Persepsi Rakyat Malaysia, Survei Persepsi Rakyat Kelantan dan kesan Terhadap Selangor serta Survei Persepsi Rakyat Menjelang Pilihan Raya Kecil Sungai Besar.

Katanya, kerjasama turut dijalankan dengan Penyelidikan Analisis Keperluan Guru-Guru Sekolah Rendah Agama di Selangor membabitkan IDE-Universiti Selangor dan Universiti Sains Islam Malaysia, Penyelidikan Dasar Belia Selangor (IDE- Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS Universiti Putra Malaysia), Penyelidikan Pilihan Raya Sarawak dan kesannya kepada Politik Semenanjung khususnya Selangor (IDE)- IESAD Unisel) dan Penyelidikan Penggubalan Dasar Wanita Selangor bersama Institut Wanita Berdaya Selangor.

“Hingga akhir pertengahan tahun ini, IDE berjaya membabitkan lebih 35,546 orang dalam program dan aktiviti dijalankan seperti penyelidikan, diskusi, persidangan, seminar, bengkel serta penerbitan.

“Ia melalui lima kluster utama iaitu kluster polisi dan ketamadunan, kluster penyelidikan, kluster pendemokrasian dan ekonomi, kluster pendidikan politik dan demokrasi serta kluster pendidikan dan kebudayaan,” katanya.

Bagi menggerakkan kajian dan survei dijalankan, beliau berkata, IDE menggunakan teknologi terkini seperti TAB dan Aplikasi Perisian IDE E-Survei yang dibangunkan sendiri.

Katanya, alat menemu duga responden itu dihubungkan ke bilik operasi bagi membolehkan aktiviti survei dipantau secara langsung (real time).

“Survei dijalankan turut membabitkan pemantauan melalui Geographic Information System (GIS) dengan kepakarannya dimanfaatkan untuk membuat pemetaan taburan pengundi dan isu persempadanan bagi membolehkan kajian lebih tepat dihasilkan.

“Selain itu, IDE juga membangunkan perisian SPERA untuk menganalisis data pilihan raya. “Bagi memastikan okjektif penubuhan IDE dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan, bantuan daripada Kerajaan Negeri dan Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) membantu menyempurnakan penyediaan prasarana bangunan IDE yang lengkap,” katanya.

Majlis perasmian bangunan IDE disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

 

SUMBER SELANGORKINI: https://selangorkini.my/2017/07/ide-jalin-kerjasama-jaya-penyelidikan/

IDE Seiring Tuntutan Demokrasi, Rai Pemikiran rakyat

SHAH ALAM, 6 JULAI: Kerajaan Negeri mengambil inisiatif menubuhkan Institut Darul Ehsan (IDE) sebagai wahana kepada percambahan fikiran bertepatan tuntutan demokrasi supaya memberi ruang sepenuhnya kepada partisipasi rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, usaha penubuhan itu memerlukan sikap terbuka dan inklusif serta keghairahan membentuk rangkaian dengan pelbagai badan termasuk masyarakat madani juga individu pemikir.

 “Sebuah kerajaan demokratik perlu berupaya berdepan fenomena ini kerana mana-mana kerajaan yanag tidak dapat menerima hakikat ini adalah ‘government in denial’.

“Dalam suasana semasa dengan masyarakat bertambah kompleks, matang dan mengetahui hak mereka sebagai warganegara, cabaran bagi kerajaan adalah merangkul serta memahami tuntutan mereka,” katanya ketika Majlis Rumah Terbuka Eidul Fitr dan Perasmian Bangunan IDE, di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha mengurus dan mengemudi tuntutan itu secara bertanggungjawab demi kesejahteraan rakyat juga kemakmuran negara adalah cabaran bukan kepalang selaras anjuran mantan Presiden Amerika Syarikat, Abraham Lincoln iaitu “You cannot escape the responsibility of tommorrow by evading it today”.

Katanya, cabaran sebegitu menuntut IDE sebagai ‘think tank’ membantu Kerajaan Negeri merangka kebijakan yang dapat menangani aspek terbabit serta memelihara kesuburan demokrasi.

“Think Tank mencerminkan kuasa intelektual sesebuah negara, justeru Global Go To Think Tank Index Report 2016 melaporkan lonjakan jumlah ‘think tank’ di China sebanyak 435 dan India (280) mencerminkan kemunculan kembali dua negara Asia sebagai kuasa besar dunia juga peri pentingnya ‘brain power’ sebagai satu dimensi penting.

“Pelaburan diberikan negara Asia terhadap pembangunan kuasa intelek mula mengimbangi dominasi ‘brain power’ Amerika dan Eropah,” katanya.

Mohamed Azmin berkata, kemunculan ‘think tank’ dewasa ini adalah sejajar kebangkitan ‘knowledge economy’ dan tuntutan kepada demokrasi yang kini menjadi fokus Selangor.

Maka dengan itu, katanya, Kerajaan Negeri menyeru sektor swasta melabur dalam pembinaan ‘brain power’ Selangor melalui penubuhan ‘think tank’ yang bebas dengan Selangor akan mendapat manfaat daripada kajian berkenaan.

“Sebagai badan pemikir, IDE mesti berupaya merangkul kepakaran yang ada dalam pelbagai bidang strategik di universiti untuk bertamu dan menterjemahkan usaha kajian dalam bentuk dasar yang boleh dimanfaat Kerajaan Negeri,” katanya.

 

 

IDE tubuh Pusat Kajian Maqasid Al-Shari’ah

SHAH ALAM, 10 JULAI: Institut Darul Ehsan (IDE) menubuhkan Pusat Kajian Maqasid Al-Shari’ah dalam usaha memperkukuh dan mengangkatnya sebagai asas penggubalan dasar Kerajaan Negeri. Timbalan Pengerusinya, Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman berkata, usaha terbabit dilakukan sejajar titah DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah supaya perkara itu diberi penekanan sewajarnya. “Sejak penubuhannya, kita menganjurkan seminar antarabangsa, lapan siri diskusi Maqasid Al-Shari’ah dan menterjemahkan buku berkaitan daripada Bahasa Arab serta Inggeris ke Bahasa Melayu.

“IDE juga sedang mengusahakan pernerbitan 100 istilah closari Maqasid Al-Shari’ah untuk manfaat kajian dan kefahaman masyarakat awam.

“Semoga usaha ini dapat menimbulkan kesedaran berkenaannya dalam kalangan pelbagai lapisan rakyat, pembuat dasar, pentadbir, pendidik, pemimpin masyarakat dan orang ramai,” katanya.

Sehingga kini, beliau berkataProf Redzuan (2), IDE berjaya menerbitkan 17 judul buku dari pelbagai bidang dalam usaha meningkatkan program penecerahan dan pencerdasan rakyat, di samping menjelaskan isu semasa yang menjadi perbincangan dalam masyarakat.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya juga bekerjasama dengan Universiti Selangor (Unisel) khususnya Institut Kajian Pilihan Raya dan Pemajuan Demokrasi (IESAD) dalam membangunkan sistem sentimen analisis yang kelak mampu menganalisis data besar “Big Data Analytic” termasuk mengkaji sentimen rakyat di media sosial.

“IDE turut mempunyai hubungan strategik dengan badan survei seperti Lembaga Survei Indonesia, Habibie Centre Jakarta dan Rajaratnam School of International Studies, Singapura.

“Selain aktiviti penyelidikan, IDE juga berhasrat membawa dapatan kejian untuk mengukuhkan lagi proses pencerahan dan pencerdasan masyarakat melalui produk program digerakkan seperti Akademik Kepimpinan Muda, Akademik Politik dan Pendidikan Demokrasi, Siri Diskusi Maqasid Shari’ah serta yang lain,” katanya.

Selain itu, katanya, IDE turut membuat jaringan strategik bersama Sheikh Yusof al-Qardhawi dan Sheikh Dr Ahmad Raisuni dari Kesatuan Ulama Islam Sedunia bagi tujuan sama selain menjalin kerjasama dengan Prof Dr Jasser Auda (Maqasid Institute London) juga Sheikh Abdul Rahman (Rabitah Ulama Jordan).
 
Sumber: https://selangorkini.my/2017/07/ide-tubuh-pusat-kajian-maqasid-al-shariah/ (OLEH HAFIZAN TAIB)
Tagged under
Subscribe to this RSS feed