MB Selangor Pemimpin Pelapis TERTINGGI Mampu Memimpin Malaysia

Kajian IDE juga mendapati bahawa YAB Dato’ Seri Mohammad Azmin Ali merupakan pemimpin politik pelapis yang mampu memimpin Malaysia menjadi negara yang dihormati berbanding pemimpin lain dengan peratusan sebanyak 36%. Terdahulu IDE juga turut menyiarkan laporan bahawa sokongan beliau sebagai Menteri Besar Selangor meningkat kepada 62% menjelang kepada PRU 14 berbanding 58% pada kajian Ogos 2016. Prestasi YAB Dato’ Menteri Besar ini berjaya mewujudkan kestabilan politik di Negeri Selangor.  

Hasil dapatan ini diperolehi daripada Survei Persepsi Rakyat Selangor 2017 yang dijalankan oleh Institut Darul Ehsan pada minggu lepas daripada 8 hingga 13 Februari 2017 melibatkan 56 DUN Selangor. Ia dilaksanakan secara sistematik oleh IDE melibatkan 50 orang enumerator terlatih secara bersemuka dengan 2018 responden di 56 DUN tersebut.  

IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan ini dengan menggunakan tablet dan aplikasi  IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara ‘real time’ di bilik operasi IDE  bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan.  

Responden adalah terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain daripada survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan temuduga berkelompok dengan pelbagai kelompok bagi menentukan keabsahan dapatan.  

PROFESOR DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN

Timbalan Pengerusi IDE Institut Darul Ehsan  

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.