Survei Malaysia 2017: GST Punca Kenaikan Kos Sara Hidup

Featured Survei Malaysia 2017: GST Punca Kenaikan Kos Sara Hidup

Respon terhadap pandangan Rakyat Malaysia tentang Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST)

Berdasarkan survei Malaysia yang di jalankan oleh Institut Darul Ehsan (IDE), rakyat Malaysia bersetuju bahawa kenaikan kos sara hidup adalah berpunca Cukai Perkhidmatan dan Barang (GST) yang telah di laksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional pada 1 April 2015.

SURVEI MALAYSIA 2017: #MOOD RAKYAT, #MOOD OF THE NATION - GST PUNCA KENAIKAN KOS SARA HIDUP

Mengikut kajian, 82% rakyat Malaysia telah menjawab setuju bahawa GST adalah punca utama kenaikan kos sara hidup, manakala hanya 8% sahaja yang tidak bersetuju. Jumlah ini juga turut mencerminkan penolakan rakyat Malaysia terhadap GST yang telah mengakibatkan harga barang yang semakin naik dan memberi kesan yang teruk kepada ekonomi rakyat Malaysia.

IDE telah menjalankan beberapa siri survei sebelum ini, turut mendedahkan bahawa trend penolakan pengundi yang semakin meningkat dapat dilihat sejak 2015 apabila soalan berkaitan GST diajukan, walaupun kerajaan Barisan Nasional telah menggunakan segala medium yang ada untuk memberi pendedahan yang positif mengenai GST dari semasa ke semasa. Berdasarkan “tracking” IDE sejak 2015, didapati  bahawa:

  1. Persepsi masyarakat bahawa isu GST telah menyebabkan kenaikan harga barang.
  2. Kenaikan harga barang ini memberikan kesan kepada sara hidup dan masalah ekonomi rakyat khususnya yang tinggal di kawasan-kawasan bandar.
  3. Kenaikan harga barang dirasai rakyat secara menyeluruh oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan berpendapatan rendah dan ‘miskin bandar’.
  4. Kajian IDE juga mendapati keluhan dan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap GST ini adalah merentas umur, kaum dan pekerjaan termasuk tempat tinggal.
  5. Lebih 55% Penyokong Barisan Nasional (BN) dikalangan responden, turut menyuarakan bantahan dan ketidakpuasan berhubung dengan dasar GST di negara ini.Tracking Statistik GSTHasil dapatan ini diperoleh daripada set soalan Survei Malaysia 2017 yang dijalankan oleh IDE pada 11 hingga 15 Ogos 2017 melibatkan seluruh negeri di Semenanjung Malaysia. Kajian ini dilaksanakan secara akademik dan saintifik oleh IDE dengan melibatkan 64 orang enumerator terlatih yang turun secara bersemuka dengan 4468 responden di semua negeri yang dibahagikan mengikut Parlimen.   

 IDE menggunakan inovasi terkini dalam penyelidikan dengan menggunakan tablet dan aplikasi IDE e-survey yang dibangunkan sendiri oleh IDE. Inovasi ini membolehkan profil sampel responden, lokasi enumerator dan tugasan mereka dipantau secara real time di bilik operasi IDE bagi memastikan ketepatan survei berdasarkan profil responden yang telah ditetapkan. 

Responden terdiri daripada pelbagai kaum melibatkan Melayu, Cina dan India serta terdiri dari pelbagai latar belakang pekerjaan, tempat tinggal, taraf pendidikan dan lain-lain. Selain survei yang dijalankan, IDE juga mengadakan perbincangan berkelompok dengan pelbagai kumpulan bagi menentukan keabsahan dan menyemak dapatan. 

Kajian ini diketuai oleh PROF. DATO’ DR. MOHAMMAD REDZUAN OTHMAN dan kumpulan pakar penyelidik IDE dari pelbagai latar belakang.

Survei ini  adalah sebahagian dapatan daripada Projek Survei Malaysia 2017: MOOD RAKYAT I MOOD OF THE NATION boleh dijadikan asas untuk mengukur persepsi rakyat terhadap isu-isu yang dikaji bagi tempoh 6 bulan. Maklumat lanjut boleh didapati daripada laman web IDE: www.ideselangor.com.

Kluster Penyelidikan,
Pusat Kajian Pilihan Raya & GIS
Institut Darul Ehsan (IDE)

Last modified onWednesday, 13 September 2017 13:04

Leave a comment

Make sure you enter all the required information, indicated by an asterisk (*). HTML code is not allowed.