Penubuhan & Objektif

PENGENALAN IDE

Institut Darul Ehsan (IDE) merupakan satu wahana penting bagi membantu kerajaan negeri merangka polisi, hala tuju dan kebijakan-kebijakan bagi membangunkan kecemerlangan Negeri Selangor dari sudut ekonomi, sosio-politik, pembangunan seimbang, tatakelola kerajaan (good governance) dan kemajmukan masyarakat.Bagi memenuhi aspirasi tersebut IDE berfungsi sebagai sebuah hub penyelidikan dan pendidikan  yang menjadi penghubung antara pihak penggubal dasar, kerajaan dan agensinya dengan masyarakat sivil meliputi 

pemimpin mahasiswa, masyarakat, badan bukan kerajaan (NGO) sama ada di peringkat nasional atau antarabangsa.IDE melaksanakan strategi Analisis, Respon, Pencerahan dan Pencerdasan (AR2P). Strategi ini digerakkan melalui program penyelidikan, diskusi, persidangan, seminar, bengkel dan penerbitan dalam bentuk laporan, periodikal dan buku.Melalui pendekatan tersebut akan wujud sebuah masyarakat progresif yang demokratik, sejahtera, berilmu, bertamadun dan bermoral tinggi, komited dengan prinsip kebenaran dan keadilan.

 

OBJEKTIF IDE

  1. Memupuk semangat perpaduan berdasarkan prinsip rukunegara.
  2. Membina masyarakat berilmu, bermoral tinggi dan komited dengan prinsip kebenaran dan keadilan.
  3. Mewujudkan jaringan strategik dengan pelbagai institusi dan organisasi penyelidikan dalam dan luar negara.
  4. Menyediakan ruang percambahan idea dan perbincangan strategik untukmembangunkan Negeri Selangor.
  5. Menjalankan kajian-kajian yang sistematik tentang pelbagai isu dan bidang seperti demokrasi, politik, sosio-budaya, persepsi masyarakat, isu kewarganegaraan dan lain-lain.
  6. Menjadi pusat penyelidikan, pendidikan dan pencerahan masyarakat yang progresif dan sederhana.